TIPS UNTUK MENJAWAB SUBJEK SAINS
Hai semua.Salam sejahtera & salam pengakap!(khas utk budak pengakap 😂)
Yup,hari ni encik meow akan kongsikan tips untuk menjawab soalan subjek sains dengan baik..
hampir semua orang akan gagal subjek ni (termasuk admin😭).tapi itu perkara biasa dalam kehidupan.Subjek sains merupakan subjek basic untuk penyelesaian dalam masalah hidup.Berikut merupakan cara admin menjawab soalan sains:-
1. Fahami masalah yang dinyatakan
-Pelajar akan keliru & selalu kehilangan markah kerana tidak memahami atau mengikut kehendak soalan.Korang kena memahami masalah sains seperti memahami kekasih korang.(lawak hambar 😐)
2. Banyakkan membaca fakta
-Soalan sains tak semestinya berada dalam buku teks.Kebanyakkanya soalan luar kotak & korang kena berfikir secara logik & kreatif.Bacalah fakta2 yang berkenaan dengan tajuk buku.
Contoh:tajuk Oksigen
korang boleh baca tentang macam mana Oksigen terhasil atau apa kegunaannya.
3. Logik akal
-Sekiranya korang tak boleh jawab soalan yang diberikan,korang boleh berikan jawapan yang logik.Bagi je sume jawapan korang yang korang rasa boleh diterima.
4. Subjek yang unik
-Sains & Math merupakan subjek yang unik.Korang tak perlu nk buat ayat panjang2 macam BM & BI.Cukup sekadar yang korang faham.Kadang2 markah tatabahasa tak dikira.
5. Banyakkan latihan
-Korang rasa dah cukup hebat?Korang dah pasti dapat A.Macam mana kalau tetiba keluar soalan yang tak sama dengan yang korang baca?Mesti menyesal tak sudahkn?(selalu jadi kat admin 😔)Jadi banyakkan latihan di rumah.
6. Nikmati alam di sekeliling
-Selain daripada banyak latihan di rumah,korang kena keluar juga sebab disekitar korang semua berkenaan dengan sains.Termasuk dalam diri korang pun ada elemen sains.
7. Tanya yang pakar
-Cikgu korang boleh menjadi sumber untuk mempelajari sains dengan baik.Tiap kali korang tak faham terus cari cikgu &tanya.
8. Eksperimen
-Kat sekolah korang mesti selalu buat eksperimen kan?Nilah peluang korang untuk belajar sains secara efektif.Eksperimen juga boleh memberi pengalaman hidup berdasarkan kesimpulan eksperimen tersebut.
9.Jalan kerja Matematik
-kekadang sains memerlukan jalan kerja.Korang kena hafal semua formula mengikut tajuk yang korang dah pelajari.Jangan lupa bawak kalkulator.😀
10.Teknik hafalan
-Biasanya teknik ni tak banyak membantu.tapi kalau korang berusaha untuk menghafal satu buku mungkin boleh menbantu dalam menjawab periksa.
11. Banyakkan berdoa
-Biasanya dalam keadaan sukar kita mesti ingat kepada-Nya.Dalam senang pun sama.Sekiranya korang terlupa cepat2lah berdoa & berselawat untuk memudahkan korang menjawab periksa.
So tu jelah tips yang admin boleh bagi.Sekiranya ada lagi admin akan update secepat yang mungkin.Jangan lupa bagi feedbacks.Good luck for your exams.😄
Ulasan
Catat Ulasan